masa ibarat pedang

Wednesday, July 23, 2008

ikhlaskn diri...

buat semua,

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan
*Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
*Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.
*Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
*Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
*Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
*Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
*Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
*Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
*Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
*Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
*Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
*Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
*Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
*Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
*Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan

satu ceritera....

Cukup lama laman ini sepi tanpa tulisan.
untuk kali ini aku cuba juga menyempatkan diri untuk menulis sesuatu.
perjalanan harianku bukan lagi seperti dulu.kini aku punyai tambahan tanggungjawab dan amanah untuk dipikul.InsyaAllah aku mohon keberkatan dan keredhanNya untuk membawa segala amanah ini.
Syukur ke hadrat yang Esa kerana menemukan kembali aku dengan sahabat2ku di sem yang baru ini dalam keadaan sihat walafiat. namun ada sesuatu berlaku pada seorang sahabat. Alhamdulillah kehadirannya kali ini membawa satu perubahan yang bermakna buat dirinya.
Satu pengharapan dariku semoga perubahan ini akan berterusan. semoga diri sahabat mempunyai kekuatan untuk semua itu. sebenarnya sangat sukar untuk kita seorang manusia yang punya hati dan perasaan y didalangi nafsu ini untuk berubah, namun aku percaya sahabat mampu membina semua kekuatan itu.
Kuasa Ilahi itu memang menakjubkan. Dia mampu membuka segala hijab di hati manusia yang dikehendakinya sekejap saja. Sebagai teman aku mendoakan sahabat akan terus Istiqamah dalam jihad ini. Buatlah keputusan yang terbaik untuk kebaikan diri sendiri. Andai terasa lemah jangan lupa dekatkan diri pada yang Kuasa. InsyaAllah diri sahabat sentiasa dipayungi rahmat dan keredhaanNya.........
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.... ameen Ya Rabb...

"AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA...AKU CINTA AKAN DIRIMU.. AKU SELALU MENGINGATI MU,BUKAN YANG SELAIN MU ..ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKU TIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRI MU..TIADA PUJI DALAM HAL INI,DAN ITU BAGI DIRI KU.. TETAPI..PUJI DALAM HAL INI ,DAN ITU ADALAH HANYA UNTUK MU..YA RABB"

Thursday, May 15, 2008

bila izrail datang memanggil

Rasanye dh lama blog ni sepi tanpa cerita. kali ini ada sesuatu yang ingin aku kongsikan.
cuti semester baru lagi bermula. Sedang kita gembira bercuti seorang warga canselor dan juga rakan kita telah pergi menyahut seruan Ilahi. Masa mula2 aku dapat berita kematian arwah terkejut rasanya sebab aku rasa baru lagi aku melihat dia menyanyi ketika malam dinner sisiwi hari tu. Tapi itulah hakikat Ilahi bahawa Izrail datang menjemput takkan tunggu walau sesaat walhal arwah baru 2 hari balik bercuti. Aku sempat melawat keluarga arwah selepas seminggu arwah kembali ke Rahmatullah. Sungguh kesedihan masih lagi menyelubungi seluruh keluarga. Kemalangan yang tidak diduga itu mengundang kesal pada wajah lembut si ibu. Arwah meninggal kerana hentakan yang kuat di kepala. Itulah takdir yang harus diredhai semua. Kepada semua yang membaca marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga arwah dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. AL-ALFATIHAH........

Sunday, April 20, 2008

Mengapa teriak? Hati berjarak.......

Semester ini mula melabuhkan tirainya. Delegasi PBMP bukan main seronok sampaikan dah ada yang balik bercuti selepas 4 hari makan,minum,mandi, tidur ngan buku. Pegi ke mana2 mesti buku ada bersama. Sepanjang semester ini banyak pengalaman yang aku dapat. Namun bukan pengalaman sebagai cerita entri kali ini tapi sesuatu yang akua tak tahu nak panggil apa! Dalam sibuk mengutip cebisan pengalaman sebelum di cantum aku tidak terlepas memerhatikan sesuatu. Sebagai klu kepada apa yang nak disampaikan ikuti cerita di bawah:

Pada suatu pagi yang hening, sang guru bertanya kepada murid-muridnya:
"Mengapa ketika seseorang berada dalam keadaan marah, dia akan berbicara
dengan suara yang kuat atau berteriak?" Setiap anak murid di hadapan sang guru
mula memerah otak dan kemudiannya seorang murid yang setelah berfikir cukup
lama mengangkat tangan lalu menjawab:"kerana saat seperti itu dia seperti telah hilang sabar,
kerana itu dia lalu berteriak."
"Tapi…..” sang guru balik bertanya, “ Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya di sisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Apakah dia tidak dapat berbicara dengan baik-baik?” hampir semua murid memberikan alasan yang pada perkiraan mereka adalah logik. Namun tiada satu pun jawapan yang diberikan itu benar-benar dapat memuaskan hati.
Sang guru lalu berkata : ” Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara fizikalnya mereka bagitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang sedemikian mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin keras mereka berteriak semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-dua mereka pun terpaksa menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu, mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi.”
Sang guru bercerita lagi kepada anak-anaknya: ” Sebaliknya, apa yang akan terjadi kepada dua orang yang saling jatuh cinta, mereka bukan sahaja tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka bagitu halus dan kecil. Sehalus apapun,kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula sedemikian?”
Sang guru bertanya sambil memerhatikan seorang demi seorang anak-anak dihadapannya. Mereka nampak berfikir serius sekali namun, tidak seorang pun berani bangkit untuk memberikan jawapan. ”Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak. Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mereka cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan.”
Sang guru masih meneruskan:” Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kita tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak antara kita. Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.”
Kita mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang berbeza. Tetapi orang yang menggunakan waktunyadengan lebih baik, acapkali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih banyak.”


Dah faham? Faham..., Tak tahu...,Entahlah.... Sesuatu yang ingin dikongsikan ialah diri ini nampak jarak yang telah sahabat2ku ciptakan sesama sendiri. Mungkin aku juga? Bukan senang kita membina ukhwah antara kita dan bukan mudah juga untuk kita leraikannya. Ambillah masa untuk merawat luka yang terpendam dihati masing2. Semoga cuti semester ini dapat menyembuhkan segala luka yang terhiris. Untuk semester baru nanti diharap tiada lagi antara kita masih berkeras kerana ia akan menjarakkan lagi hati antara kita. Dan untuk yang sudah membina bahagia, semoga masa tidak menjarakkan kamu............................ ”UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA”

Monday, April 14, 2008

Hati ini.......

HATI
Wahai hati,
Usah dikenang peristiwa semalam,

Jika mengingatinya membuatkan dirimu gundah-gulana.

Terkenang detik itu,
Engkau terus berbicara,
Bersama desiran bayu malam,
Lidah kelu untuk melafazkan,
Justeru titisan embun membeku,
Umpama kerasnya dirimu hati,
Enggan menerima erti sebuah kesilapan.


Wahai hati,
Engkau perlu terus tabah,
Jangan mudah berputus asa,
Kerana rahmat Allah sentiasa terbentang luas di hadapan sana,
Hanya dirimu yang perlu mencari sinar nur HidayahNya,
Agar terang dan bercahaya jalan yang engkau lalui.


Ya Rabbal Izzati,
Titipkan ke dalam hatiku,
Secebis rasa kesabaran,
Sebagai azimat agar diriku,
Terus dilindungi perisai ketabahan,
Lambang keutuhan iman dan tawakkal,
Benteng kekuatan diri ini,
Ya Rabbi!

Tuesday, April 1, 2008

selamat hari lahir BONDA

minggu lepas aku tak tau kenape hati aku ni membuak-buak nak balik. walhal selama ni da hampir 4 bulan aku xb'pijak di kampung halaman biasa jer rasenye.yerlarr bukan first time aku berjauhan ngan famili. aku dah 'alah bisa tegal biasa' duk jauh. mana taknye dulu pon sekolah jauh gak, klu cuti panjang baru balik. tapi bila aku pikir2 dan merenung kalendar yang berada dihadapan mata kasarku ini baru aku tahu, 'naluri' aku memang kuat.itulah kelebihan seorang perempuan. patutlah aku rasa nak balik sangat rupa2nya hari lahir Bonda dah dekat.justeru, tanpa aku berfikir panjang pada hari jumaat yang kebetulannya xde kelas aku terus menapak ke hentian Putra untuk meneruskan perjalanan pulangku ke kampung halaman untuk menemui keluarga tercinta. 1000 sahabat tak sama dengan seorang ibu."sayangilah mereka selagi hayat dikandung badan". berikut sedikit coretan buat hari lahir Bonda.....

30 mac,
tanggal yang takkan dilupakan oleh anak-anak ma.
kak long, kak ngah, kak cik dan alang atau lagi manja che su nak ucapkan selamat hari lahir. semoga hidup yang akan dilayari ma pada masa akan datang dipenuhi dengan rahmat dan keredhaan Allah s.w.t. tak lupa cucu sulung keluarga kita pon nak ucapkan selamat hari lahir buat neneknya. dah tua rupanya. takpe walaupun usia dah tua tapi hati muda lagi kan...terima kasih tak terhingga anak-anak ma ucapkan kerana telah membesarkan kami dengan seluruh tenaga dan kekuatan yang dikurniakan Allah kepada seorang ibu yang tak mungkin dimiliki oleh orang lain di dunia ini. sesungguhnya tak terbayar oleh anak-anakmu dengan setiap pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang membesarkan kami. engkaulah ibu dan ayah dalam hidup kami. tiada yang selayaknya menggantikan tempat itu dlam ruang hati kami sebagai anak-anakmu..
doa kami, semoga ma dipanjangkan usia oleh Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki. kami anak-anak mendoakan yang terbaik buatmu ma

Thursday, March 20, 2008

Maulud Nabi

Tanggal 12 Rabiulawal tahun gajah, lahirlah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Setiap tahun kita mangadakan majlis menyambut hari keputeraan junjungan besar kita. Tapi, Cuba kita renung sedalam-dalamnya sudah sempurnakah kita sebagai umat Muhammad. Benarkah hati kita mengingatinya sebenar-benarnya atau sekadar mengikut orang lain sedangkan kita tidak tahu pun hari keputeraan Nabi jika tidak kerana kalendar mengatakan hari ini cuti sempena Maulidur Rasul. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Tapi kita perlu sedar dalam dunia hari ini sebagai umat Muhammad kita perlu menempuh cabaran yang amat besar. Dunia hari ini semuanya memandang islam dari sudut fizikal bukan falsafahnya. Sempena hari keputeraan baginda kita mesti bangkit menegakkan agama ini di mata para durjana.
Betapa sayangnya Baginda pada umatnya, hayati kisah ini:-

Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,
"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku."


Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku.


Renung-renungkanlah wahai muslimin & muslimat

Sunday, March 16, 2008

seGAH majlis makan malam siswi

semalam,

semua siswi yang ada kat canselor ni diraikan dengan berlangsungnya majlis makan malam siswi. SECERIA PELANGI itula temanya dan dekorasi pentas yang cantik tu hasil kerja keras unit akula.congrat's my unit's. tp entahlah aku rasa diraikan ke tak! yang pasti aku penat bangat sih. mana tak penatnya y itula ajk,y itula peserta macam bukan nak raikan siswi tapi raikan ajk aje...(kesian kat sume ajk susah sangat nak minta komitmen y bukan ajk)

biasala manusia, time buat kerja semuanya beralasan walhal kerja tu mendatangkan kebaikan. tak kirala kita ni bkn ajk pun y penting kta sebahagian daripada program. saling membantu kan bagus.tp time makan semua laju, penuh bsb..he..he...bukannya apa, kita ni biarla seimbang rohani, jasmani, emosi dan intelektual. ceh...ceh.. JERI la plak. bab suruh turun sukan 2,3 kerat aje ale-ale ajk jugak kena main. masa majlis plak bising macam kat pasar borong, malula bila dr. Ami tegur. nampak sangat kita ni perempuan yang tak beradab. masa orang bercakap tu tolong la senyap kalau pun taknak dengar. nia tak bising jugak. kalu suruh keluar bercakap taknak pulak. jadi makan malam semalam tak macam majlis yang meraikan siswi pon tp tempat borak-borak sambil makan. entahlah nak cakp bnyak2 pun mungkin aku pun silap. apapun majlis tu dah barlangsung dengan jayanya walaupun tak seseronok tahun lepas.Tahniah buat tipah selaku pengarah. harap akan datang majlis makan malam siswi seGAH namanya.

Friday, March 14, 2008

hidup oh kehidupan

Hidup ni cantik sangat. Tapi tak semua orang yang nampak akan kecantikkan yang menghiasi hidup ini. Apa yang orang nampak hanyalah penderitaan, kesusahan, kemiskinan, dugaan dan cabaran yang ada dalam hidup ini. Walhal mereka tidak sedar bahawa itu semua adalah liku-liku yang harus dilalui untuk mendapatkan sesuatu yang cantik manis dan ranum. Lumrah manusia memang begitu, hanya mahukan kesenangan sahaja. Inginkan sesuatu tanpa mengharapkan sebarang kesusahan dan dugaan.
Kadang-kadang hidup ini juga terlebih aksesorinya hingga menjadikan kecantikkan yang semulajadi tampak suram dan kelam. Sesekali terfikir dek hati apa aksesori yang terlebih itu. Apa yang diri ini nampak kita terlalu menjaga hati orang lain hingga terpaksa mengabaikan hati sendiri. Sampai bila kita harus begini? Dan orang yang bertentangan itu pula tak pernah nak rasional. Tolonglah, hidup ini adalah memberi dan menerima, tidak dapat tidak kita harus memberi jika kita hendak menerima. Jangan asyik pentingkan hati dan kesensitifan diri kita sahaja tanpa memikirkan bahawa orang lain turut sensitif dan terasa. Kita perlu rasional dalam pelbagai hal biarpun perangai kita yang sebenar tidak begitu. Hormati orang lain kerana sebaik-baik perkara adalah saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Kadang- kadang dalam hidup ini kita sentiasa mengharapkan yang terbaik sehinggakan apabila harapan kita itu tak tercapai habis semua perkara kita nak salahkan. Adilkah begitu? Sungguh tidak adil, sudah fitrah manusia inginkan yang baik tapi tak nak berusaha bila dapat yang buruk mula nak salahkan semua orang. Manusia oh manusia.



Sunday, January 20, 2008

sharing or not?


sharing is loving.....


tapi ada seorang sahabat mengatakan, "bukan semua benda boleh dikongsi". tapi apa yang tersirat disebalik sesuatu perkara yang kita kongsi itu mungkin mampu meredakan hati yang gundah.walau tak dapat dirungkai permasalahan itu namun ia mampu dikurangkan. dan ingat, bukan kesedihan aje yang boleh dikongsi, gembira pun boleh.


amna basyira, lahirnya dikau peneyeri keluarga

engkaulah kegembiraan yang dikongsi bersama


kadang-kadang kita tidak sedar @ sengaja tidak menyedarkan diri bahawa sebenarnya satu perkara gembira yang dikongsi dapat meleraikan satu sengketa. fikir-fikirkan & selamat beramal.........

Friday, January 18, 2008

???

Satu persoalan.. sempurnakah kita sebagai seorang teman?Atau mungkin seorang kekasih? Atau sebagai sahabat setia?..Dan sesekali kita tidak faham pun akan jiwa seorang insan..We have to face the reality even it'll hurt our hearts.. do read, and find out yourself.. Renungkan.... Hayati dan fahami....
Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu... Menyayangimu... Mengasihimu... Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan menyesal..... Moga selepas ini, kita akan lebih memahami diri kita dan juga orang lain..
insya Allah

Wednesday, January 16, 2008

seorang sahabat

aku terpanggil untuk berbicara tentang sesuatu dalam hidup ini.banyak perkara yang tak terjangka selalu berlaku dalam hidup kita.kadangkala kita merungut dan bermuram atas kesusahan yang kita hadapi dan kita sebenarnya tidak sedar bahawa hidup ini ibarat roda yang berpusing dan tak semestinya melalui jalan yang rata sahaja mungkin kadangkala masuk lopak air juga.dan apabila kita berada di bawah dan masuk dalam lopak air tu maka terimalah segala yang berlaku dalam hidup kita ini sebagai ujian daripada Allah S.w.t.

seorang sahabat menyedarkan aku bahawa kita sebenarnya lahir ke dunia ini adalah sebagai hamba. Allah tak perlukan kita untuk menyempurnakan dunia ni.tapi kita dilahirkan didunia ni tanda cinta Allah kepada kita.beruntunglah kita kerana kita lahir kerana cintaNya. baca dan renungkan pesanan seorang sahabat ini. jadikanlah ia ulam-ulaman di hati selagi kita diberi peluang dan ruang bergelar khalifah di bumi Allah ini.



hatiku benarkah aku meletakkan akhirat sebagai matlamat sedangkan dunialah yang sering dirisaukan berbanding kehidupan selepas matiku,

wahai diriku bagaimanakah aku ingin menjadi tetamu Allah yang mulia diakhirat sedangkan di dunia lagi aku tak mahu menyahut seruan untuk menjadi tetamu di rumahnya,

duhai jiwa bagaimanakah aku ingin menepati masaku dengan manusia sedangkan masku dengan Allah yang 5 itu pun tidak aku tepati,

jiwaku bagaimanakah aku boleh bersedih jika hajatku di dunia tidak kesampaian sedangkan aku sedar bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku,

diriku bagaimanakah aku boleh sibuk membicarakan kesalahan orang lain sedangkan diriku inilah yang lebih banyak kekurangan berbanding manusia lain,

wahai hati bagaimanakan aku mampu untuk bergelak ketawa sedangkan pada masa yang sama ramai saudara seislamku dihina, diseksa dan dibunuh,

oh jiwa yang tenang bagaimanakah aku boleh merasa tenang dengan ilmu didada sedangkan akulah yang paling dimurkai jika tidak mengamalkannya,

duhai sanubari bagaimanakah hati ini sudah tidak lagi tersentuh apabila mendengar ayat sucimu sedangkan nyanyian yang melalaikan dari manusia-manusia yang lebih menyentuh hati ini,

wahai qalbi bagaimanakah aku akan mengubah diri ini sedang aku tidak sedar diri ini hanya seorang hamba abdi kepadamu ILAHI.



semoga aku sedar dan terus bermujahadah mencapai cintamu ya Allah

Tuesday, January 15, 2008

memoir seorang guru

membuatkan aku sedar betapa besar tanggungjawab seorang insan yang bergelar guru.