masa ibarat pedang

Wednesday, January 16, 2008

seorang sahabat

aku terpanggil untuk berbicara tentang sesuatu dalam hidup ini.banyak perkara yang tak terjangka selalu berlaku dalam hidup kita.kadangkala kita merungut dan bermuram atas kesusahan yang kita hadapi dan kita sebenarnya tidak sedar bahawa hidup ini ibarat roda yang berpusing dan tak semestinya melalui jalan yang rata sahaja mungkin kadangkala masuk lopak air juga.dan apabila kita berada di bawah dan masuk dalam lopak air tu maka terimalah segala yang berlaku dalam hidup kita ini sebagai ujian daripada Allah S.w.t.

seorang sahabat menyedarkan aku bahawa kita sebenarnya lahir ke dunia ini adalah sebagai hamba. Allah tak perlukan kita untuk menyempurnakan dunia ni.tapi kita dilahirkan didunia ni tanda cinta Allah kepada kita.beruntunglah kita kerana kita lahir kerana cintaNya. baca dan renungkan pesanan seorang sahabat ini. jadikanlah ia ulam-ulaman di hati selagi kita diberi peluang dan ruang bergelar khalifah di bumi Allah ini.



hatiku benarkah aku meletakkan akhirat sebagai matlamat sedangkan dunialah yang sering dirisaukan berbanding kehidupan selepas matiku,

wahai diriku bagaimanakah aku ingin menjadi tetamu Allah yang mulia diakhirat sedangkan di dunia lagi aku tak mahu menyahut seruan untuk menjadi tetamu di rumahnya,

duhai jiwa bagaimanakah aku ingin menepati masaku dengan manusia sedangkan masku dengan Allah yang 5 itu pun tidak aku tepati,

jiwaku bagaimanakah aku boleh bersedih jika hajatku di dunia tidak kesampaian sedangkan aku sedar bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukku,

diriku bagaimanakah aku boleh sibuk membicarakan kesalahan orang lain sedangkan diriku inilah yang lebih banyak kekurangan berbanding manusia lain,

wahai hati bagaimanakan aku mampu untuk bergelak ketawa sedangkan pada masa yang sama ramai saudara seislamku dihina, diseksa dan dibunuh,

oh jiwa yang tenang bagaimanakah aku boleh merasa tenang dengan ilmu didada sedangkan akulah yang paling dimurkai jika tidak mengamalkannya,

duhai sanubari bagaimanakah hati ini sudah tidak lagi tersentuh apabila mendengar ayat sucimu sedangkan nyanyian yang melalaikan dari manusia-manusia yang lebih menyentuh hati ini,

wahai qalbi bagaimanakah aku akan mengubah diri ini sedang aku tidak sedar diri ini hanya seorang hamba abdi kepadamu ILAHI.



semoga aku sedar dan terus bermujahadah mencapai cintamu ya Allah

No comments: