masa ibarat pedang

Sunday, April 20, 2008

Mengapa teriak? Hati berjarak.......

Semester ini mula melabuhkan tirainya. Delegasi PBMP bukan main seronok sampaikan dah ada yang balik bercuti selepas 4 hari makan,minum,mandi, tidur ngan buku. Pegi ke mana2 mesti buku ada bersama. Sepanjang semester ini banyak pengalaman yang aku dapat. Namun bukan pengalaman sebagai cerita entri kali ini tapi sesuatu yang akua tak tahu nak panggil apa! Dalam sibuk mengutip cebisan pengalaman sebelum di cantum aku tidak terlepas memerhatikan sesuatu. Sebagai klu kepada apa yang nak disampaikan ikuti cerita di bawah:

Pada suatu pagi yang hening, sang guru bertanya kepada murid-muridnya:
"Mengapa ketika seseorang berada dalam keadaan marah, dia akan berbicara
dengan suara yang kuat atau berteriak?" Setiap anak murid di hadapan sang guru
mula memerah otak dan kemudiannya seorang murid yang setelah berfikir cukup
lama mengangkat tangan lalu menjawab:"kerana saat seperti itu dia seperti telah hilang sabar,
kerana itu dia lalu berteriak."
"Tapi…..” sang guru balik bertanya, “ Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya di sisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Apakah dia tidak dapat berbicara dengan baik-baik?” hampir semua murid memberikan alasan yang pada perkiraan mereka adalah logik. Namun tiada satu pun jawapan yang diberikan itu benar-benar dapat memuaskan hati.
Sang guru lalu berkata : ” Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara fizikalnya mereka bagitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang sedemikian mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin keras mereka berteriak semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-dua mereka pun terpaksa menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu, mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi.”
Sang guru bercerita lagi kepada anak-anaknya: ” Sebaliknya, apa yang akan terjadi kepada dua orang yang saling jatuh cinta, mereka bukan sahaja tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka bagitu halus dan kecil. Sehalus apapun,kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula sedemikian?”
Sang guru bertanya sambil memerhatikan seorang demi seorang anak-anak dihadapannya. Mereka nampak berfikir serius sekali namun, tidak seorang pun berani bangkit untuk memberikan jawapan. ”Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak. Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mereka cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan.”
Sang guru masih meneruskan:” Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kita tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak antara kita. Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.”
Kita mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang berbeza. Tetapi orang yang menggunakan waktunyadengan lebih baik, acapkali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih banyak.”


Dah faham? Faham..., Tak tahu...,Entahlah.... Sesuatu yang ingin dikongsikan ialah diri ini nampak jarak yang telah sahabat2ku ciptakan sesama sendiri. Mungkin aku juga? Bukan senang kita membina ukhwah antara kita dan bukan mudah juga untuk kita leraikannya. Ambillah masa untuk merawat luka yang terpendam dihati masing2. Semoga cuti semester ini dapat menyembuhkan segala luka yang terhiris. Untuk semester baru nanti diharap tiada lagi antara kita masih berkeras kerana ia akan menjarakkan lagi hati antara kita. Dan untuk yang sudah membina bahagia, semoga masa tidak menjarakkan kamu............................ ”UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA”

Monday, April 14, 2008

Hati ini.......

HATI
Wahai hati,
Usah dikenang peristiwa semalam,

Jika mengingatinya membuatkan dirimu gundah-gulana.

Terkenang detik itu,
Engkau terus berbicara,
Bersama desiran bayu malam,
Lidah kelu untuk melafazkan,
Justeru titisan embun membeku,
Umpama kerasnya dirimu hati,
Enggan menerima erti sebuah kesilapan.


Wahai hati,
Engkau perlu terus tabah,
Jangan mudah berputus asa,
Kerana rahmat Allah sentiasa terbentang luas di hadapan sana,
Hanya dirimu yang perlu mencari sinar nur HidayahNya,
Agar terang dan bercahaya jalan yang engkau lalui.


Ya Rabbal Izzati,
Titipkan ke dalam hatiku,
Secebis rasa kesabaran,
Sebagai azimat agar diriku,
Terus dilindungi perisai ketabahan,
Lambang keutuhan iman dan tawakkal,
Benteng kekuatan diri ini,
Ya Rabbi!

Tuesday, April 1, 2008

selamat hari lahir BONDA

minggu lepas aku tak tau kenape hati aku ni membuak-buak nak balik. walhal selama ni da hampir 4 bulan aku xb'pijak di kampung halaman biasa jer rasenye.yerlarr bukan first time aku berjauhan ngan famili. aku dah 'alah bisa tegal biasa' duk jauh. mana taknye dulu pon sekolah jauh gak, klu cuti panjang baru balik. tapi bila aku pikir2 dan merenung kalendar yang berada dihadapan mata kasarku ini baru aku tahu, 'naluri' aku memang kuat.itulah kelebihan seorang perempuan. patutlah aku rasa nak balik sangat rupa2nya hari lahir Bonda dah dekat.justeru, tanpa aku berfikir panjang pada hari jumaat yang kebetulannya xde kelas aku terus menapak ke hentian Putra untuk meneruskan perjalanan pulangku ke kampung halaman untuk menemui keluarga tercinta. 1000 sahabat tak sama dengan seorang ibu."sayangilah mereka selagi hayat dikandung badan". berikut sedikit coretan buat hari lahir Bonda.....

30 mac,
tanggal yang takkan dilupakan oleh anak-anak ma.
kak long, kak ngah, kak cik dan alang atau lagi manja che su nak ucapkan selamat hari lahir. semoga hidup yang akan dilayari ma pada masa akan datang dipenuhi dengan rahmat dan keredhaan Allah s.w.t. tak lupa cucu sulung keluarga kita pon nak ucapkan selamat hari lahir buat neneknya. dah tua rupanya. takpe walaupun usia dah tua tapi hati muda lagi kan...terima kasih tak terhingga anak-anak ma ucapkan kerana telah membesarkan kami dengan seluruh tenaga dan kekuatan yang dikurniakan Allah kepada seorang ibu yang tak mungkin dimiliki oleh orang lain di dunia ini. sesungguhnya tak terbayar oleh anak-anakmu dengan setiap pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang membesarkan kami. engkaulah ibu dan ayah dalam hidup kami. tiada yang selayaknya menggantikan tempat itu dlam ruang hati kami sebagai anak-anakmu..
doa kami, semoga ma dipanjangkan usia oleh Allah S.W.T dan dimurahkan rezeki. kami anak-anak mendoakan yang terbaik buatmu ma