masa ibarat pedang

Friday, March 14, 2008

hidup oh kehidupan

Hidup ni cantik sangat. Tapi tak semua orang yang nampak akan kecantikkan yang menghiasi hidup ini. Apa yang orang nampak hanyalah penderitaan, kesusahan, kemiskinan, dugaan dan cabaran yang ada dalam hidup ini. Walhal mereka tidak sedar bahawa itu semua adalah liku-liku yang harus dilalui untuk mendapatkan sesuatu yang cantik manis dan ranum. Lumrah manusia memang begitu, hanya mahukan kesenangan sahaja. Inginkan sesuatu tanpa mengharapkan sebarang kesusahan dan dugaan.
Kadang-kadang hidup ini juga terlebih aksesorinya hingga menjadikan kecantikkan yang semulajadi tampak suram dan kelam. Sesekali terfikir dek hati apa aksesori yang terlebih itu. Apa yang diri ini nampak kita terlalu menjaga hati orang lain hingga terpaksa mengabaikan hati sendiri. Sampai bila kita harus begini? Dan orang yang bertentangan itu pula tak pernah nak rasional. Tolonglah, hidup ini adalah memberi dan menerima, tidak dapat tidak kita harus memberi jika kita hendak menerima. Jangan asyik pentingkan hati dan kesensitifan diri kita sahaja tanpa memikirkan bahawa orang lain turut sensitif dan terasa. Kita perlu rasional dalam pelbagai hal biarpun perangai kita yang sebenar tidak begitu. Hormati orang lain kerana sebaik-baik perkara adalah saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Kadang- kadang dalam hidup ini kita sentiasa mengharapkan yang terbaik sehinggakan apabila harapan kita itu tak tercapai habis semua perkara kita nak salahkan. Adilkah begitu? Sungguh tidak adil, sudah fitrah manusia inginkan yang baik tapi tak nak berusaha bila dapat yang buruk mula nak salahkan semua orang. Manusia oh manusia.



No comments: