masa ibarat pedang

Sunday, April 20, 2008

Mengapa teriak? Hati berjarak.......

Semester ini mula melabuhkan tirainya. Delegasi PBMP bukan main seronok sampaikan dah ada yang balik bercuti selepas 4 hari makan,minum,mandi, tidur ngan buku. Pegi ke mana2 mesti buku ada bersama. Sepanjang semester ini banyak pengalaman yang aku dapat. Namun bukan pengalaman sebagai cerita entri kali ini tapi sesuatu yang akua tak tahu nak panggil apa! Dalam sibuk mengutip cebisan pengalaman sebelum di cantum aku tidak terlepas memerhatikan sesuatu. Sebagai klu kepada apa yang nak disampaikan ikuti cerita di bawah:

Pada suatu pagi yang hening, sang guru bertanya kepada murid-muridnya:
"Mengapa ketika seseorang berada dalam keadaan marah, dia akan berbicara
dengan suara yang kuat atau berteriak?" Setiap anak murid di hadapan sang guru
mula memerah otak dan kemudiannya seorang murid yang setelah berfikir cukup
lama mengangkat tangan lalu menjawab:"kerana saat seperti itu dia seperti telah hilang sabar,
kerana itu dia lalu berteriak."
"Tapi…..” sang guru balik bertanya, “ Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya di sisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Apakah dia tidak dapat berbicara dengan baik-baik?” hampir semua murid memberikan alasan yang pada perkiraan mereka adalah logik. Namun tiada satu pun jawapan yang diberikan itu benar-benar dapat memuaskan hati.
Sang guru lalu berkata : ” Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak antara kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara fizikalnya mereka bagitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang sedemikian mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin keras mereka berteriak semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-dua mereka pun terpaksa menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu, mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi.”
Sang guru bercerita lagi kepada anak-anaknya: ” Sebaliknya, apa yang akan terjadi kepada dua orang yang saling jatuh cinta, mereka bukan sahaja tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka bagitu halus dan kecil. Sehalus apapun,kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula sedemikian?”
Sang guru bertanya sambil memerhatikan seorang demi seorang anak-anak dihadapannya. Mereka nampak berfikir serius sekali namun, tidak seorang pun berani bangkit untuk memberikan jawapan. ”Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak. Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mereka cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan.”
Sang guru masih meneruskan:” Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kita tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak antara kita. Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.”
Kita mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang berbeza. Tetapi orang yang menggunakan waktunyadengan lebih baik, acapkali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan yang lebih banyak.”


Dah faham? Faham..., Tak tahu...,Entahlah.... Sesuatu yang ingin dikongsikan ialah diri ini nampak jarak yang telah sahabat2ku ciptakan sesama sendiri. Mungkin aku juga? Bukan senang kita membina ukhwah antara kita dan bukan mudah juga untuk kita leraikannya. Ambillah masa untuk merawat luka yang terpendam dihati masing2. Semoga cuti semester ini dapat menyembuhkan segala luka yang terhiris. Untuk semester baru nanti diharap tiada lagi antara kita masih berkeras kerana ia akan menjarakkan lagi hati antara kita. Dan untuk yang sudah membina bahagia, semoga masa tidak menjarakkan kamu............................ ”UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA”

1 comment:

Anonymous said...

selamat bercuti.. erkkkk aku tak balik laaaa.. dengar khabar hang pun sibuk gak?? hahahahaha