masa ibarat pedang

Thursday, March 20, 2008

Maulud Nabi

Tanggal 12 Rabiulawal tahun gajah, lahirlah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Setiap tahun kita mangadakan majlis menyambut hari keputeraan junjungan besar kita. Tapi, Cuba kita renung sedalam-dalamnya sudah sempurnakah kita sebagai umat Muhammad. Benarkah hati kita mengingatinya sebenar-benarnya atau sekadar mengikut orang lain sedangkan kita tidak tahu pun hari keputeraan Nabi jika tidak kerana kalendar mengatakan hari ini cuti sempena Maulidur Rasul. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Tapi kita perlu sedar dalam dunia hari ini sebagai umat Muhammad kita perlu menempuh cabaran yang amat besar. Dunia hari ini semuanya memandang islam dari sudut fizikal bukan falsafahnya. Sempena hari keputeraan baginda kita mesti bangkit menegakkan agama ini di mata para durjana.
Betapa sayangnya Baginda pada umatnya, hayati kisah ini:-

Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,
"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku."


Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,
"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku.


Renung-renungkanlah wahai muslimin & muslimat

Sunday, March 16, 2008

seGAH majlis makan malam siswi

semalam,

semua siswi yang ada kat canselor ni diraikan dengan berlangsungnya majlis makan malam siswi. SECERIA PELANGI itula temanya dan dekorasi pentas yang cantik tu hasil kerja keras unit akula.congrat's my unit's. tp entahlah aku rasa diraikan ke tak! yang pasti aku penat bangat sih. mana tak penatnya y itula ajk,y itula peserta macam bukan nak raikan siswi tapi raikan ajk aje...(kesian kat sume ajk susah sangat nak minta komitmen y bukan ajk)

biasala manusia, time buat kerja semuanya beralasan walhal kerja tu mendatangkan kebaikan. tak kirala kita ni bkn ajk pun y penting kta sebahagian daripada program. saling membantu kan bagus.tp time makan semua laju, penuh bsb..he..he...bukannya apa, kita ni biarla seimbang rohani, jasmani, emosi dan intelektual. ceh...ceh.. JERI la plak. bab suruh turun sukan 2,3 kerat aje ale-ale ajk jugak kena main. masa majlis plak bising macam kat pasar borong, malula bila dr. Ami tegur. nampak sangat kita ni perempuan yang tak beradab. masa orang bercakap tu tolong la senyap kalau pun taknak dengar. nia tak bising jugak. kalu suruh keluar bercakap taknak pulak. jadi makan malam semalam tak macam majlis yang meraikan siswi pon tp tempat borak-borak sambil makan. entahlah nak cakp bnyak2 pun mungkin aku pun silap. apapun majlis tu dah barlangsung dengan jayanya walaupun tak seseronok tahun lepas.Tahniah buat tipah selaku pengarah. harap akan datang majlis makan malam siswi seGAH namanya.

Friday, March 14, 2008

hidup oh kehidupan

Hidup ni cantik sangat. Tapi tak semua orang yang nampak akan kecantikkan yang menghiasi hidup ini. Apa yang orang nampak hanyalah penderitaan, kesusahan, kemiskinan, dugaan dan cabaran yang ada dalam hidup ini. Walhal mereka tidak sedar bahawa itu semua adalah liku-liku yang harus dilalui untuk mendapatkan sesuatu yang cantik manis dan ranum. Lumrah manusia memang begitu, hanya mahukan kesenangan sahaja. Inginkan sesuatu tanpa mengharapkan sebarang kesusahan dan dugaan.
Kadang-kadang hidup ini juga terlebih aksesorinya hingga menjadikan kecantikkan yang semulajadi tampak suram dan kelam. Sesekali terfikir dek hati apa aksesori yang terlebih itu. Apa yang diri ini nampak kita terlalu menjaga hati orang lain hingga terpaksa mengabaikan hati sendiri. Sampai bila kita harus begini? Dan orang yang bertentangan itu pula tak pernah nak rasional. Tolonglah, hidup ini adalah memberi dan menerima, tidak dapat tidak kita harus memberi jika kita hendak menerima. Jangan asyik pentingkan hati dan kesensitifan diri kita sahaja tanpa memikirkan bahawa orang lain turut sensitif dan terasa. Kita perlu rasional dalam pelbagai hal biarpun perangai kita yang sebenar tidak begitu. Hormati orang lain kerana sebaik-baik perkara adalah saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Kadang- kadang dalam hidup ini kita sentiasa mengharapkan yang terbaik sehinggakan apabila harapan kita itu tak tercapai habis semua perkara kita nak salahkan. Adilkah begitu? Sungguh tidak adil, sudah fitrah manusia inginkan yang baik tapi tak nak berusaha bila dapat yang buruk mula nak salahkan semua orang. Manusia oh manusia.